Untuk Kita Pendosa


UNTUK KITA PENDOSA
Harapan selalu ada.



Ini buku tulisan Hilal Asyraf. Antara buku yang selalu saya ulang baca. Bab kegemaran saya adalah Bab 15: Berubah Menjadi Baik Adalah Hipokrit.



Sedutan dari bab ini adalah hadits Rasulullah saw yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim:
"Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah. Ibu bapanya dan suasana pembelajarannya yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi, Nasrani dan Majusi."

Fitrah = Islam. Islam = baik.

Jadi sebenarnya enggan jadi baik itulah yang hipokrit. "Apabila mahu berubah, jangan teragak-agak... Sekiranya satu dunia menyisihkan kita, kita perlu tenang, sabar, teguh dan tabah."

Ingat asy-Syarh: 1 - 8. 

.
.
.

Dulu masa belajar, suatu hari duduk di kafe. Di meja sebelah, ada seorang budak perempuan dengan sekumpulan budak lelaki. Perempuan itu bertudung litup, memakai sarung lengan dan stokin.
Junior saya yang duduk semeja dengan saya, bersuara, "Akak, saya selempang tudung. Tak pakai stokin. Tapi saya taklah duduk rapat-rapat sesuka hati dengan budak lelaki. Kenapa dia macam tu?" Dia bukan marah. Dia kedengaran kecewa.

.
.
.

Saya pernah ada teman yang kantoi menonton pornografi. Rakan-rakan kami berbual tentangnya dan bincang bagaimana nak nasihati beliau. Salah seorang rakan kami kata," Dia bangun tahajjud, Ajan. Dia rajin solat sunat. Dia rajin mengaji. Kenapa dia hipokrit?"

.
.
.

Semasa itu kami semua muda. Banyak persoalan hidup yang kami belum ketemu jawapan. Kalau soalan-soalan di atas diajukan pada saya sekarang, saya kira saya akan jawab:
"Kita semua pendosa. Jalan syurga kita berbeza-beza. Tapi caranya sama iaitu selalu bertaubat. Si tudung labuh diuji dalam pergaulan, mungkin selalu bertaubat. Si rajin tahajjud bermaksiat mata, mungkin juga selalu bertaubat."
Yang salag tetap salah. Harus ditegur, dibetulkan. Asal kita jangan letakkan diri kita di atas, kononnya kita jauh lebih baik dari si pendosa.

Dulu, saya pernah berhenti menulis sebab saya rasa saya berdosa. Poyo sungguh nasihat dalam tulisan. Lagi-lagi bila teringat ayat as-Saff: 2-3. Tapi akhirnya mengubat hati dengan hadits "Sampaikanlah dariku, walau satu ayat..." dan aku sedar aku tak perlu jadi sempurna untuk menasihat, juga aku punya kawan-kawan baik yang akan menasihat kembali.
.
.
.

Yang dambakan syurga,
Ajan

#tazkirahuntukajan

Post a Comment

0 Comments