Dedikasi Untuk Awak Yang 30 & Single

Menjelang 2019, seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan dengar adik-adik (lain mak bapa) saya sebut, "Akak, saya dah nak masuk 30!" Lalu saya akan jawab sambil gelak, "Welcome to the 3-series club, babeh!" Ada yang nadanya positif dan optimis. Ada yang kedengaran stress dan berkerut dahi. Semua makcik layankan. Jangan serius sangat.

If you are approaching 3-series, regardless of gender, and you're starting to feel anxious about being single, this writing is dedicated for you. I'm telling you 3 things for you to keep in mind - something true, something to hope for and something to work on.
.
.
.
1. SOMETHING TRUE

Everyone experiences heartbreak at some points in their life. Orang bercinta, tak kesampaian kahwin. Orang berkahwin, bercerai. Orang kahwin sampai tua, mati tak serentak. Orang macam kita, lambat bertemu jodoh, pun ada rasa patah hati. It's not the matter of how it happened, it's how you see it.

Jadi, bila kita rasa patah hati, biarkan sekejap, sentiasa balik pada Tuhan, kemudian jalan terus. Nanti ada peluang lagi. Lambat ke cepat ke, satu hal lain.

If you live life to the fullest, and you love sincerely, you're bound to be heartbroken one way or the other. That's the hard truth.
.
.
.
2. SOMETHING TO HOPE FOR

Setiap yang diambil, pasti berganti. Allah Maha Baik.

Setiap yang dicari, pasti ditemui. Allah dah janji, kita minta, mesti Dia makbulkan. Carilah ayatnya dalam al-Quran. Dia boleh makbulkan sekarang, lambat nanti atau kat syurga nanti. Tenang-tenang saja.

Orang kata lelaki takut dengan kau sebab kau ada PhD? Orang lelaki tak suka kau sebab kau ganas gelak bersepah? Orang kata perempuan tak mahu dengan kau sebab kau kerja tak menentu?

Kau nak kahwin dengan berapa ramai orang? Satu je kan? Adalah seorang Allah jadikan tu khas untuk kau. Ada tak orang lagi aneh dari kau yang kahwin? Ada kan? Ha, nanti adalah seorang untuk kau tu.

Remember, abundance is not everything, not many, not too much. Abundance is 'enough'. Pasangan hidup ni seorang 'cukup'. Kalau yang cukup itu sempurna, bahagialah hidup. Sekejap lagi muncullah jodoh awak tu. This is something to be hopeful for.
.
.
.
3. SOMETHING TO WORK ON

You have a dream of founding a movement? Go do it. You want to make money from property and become filthy rich? Go do it. You want to travel to 50 countries by 40? Go for it. When you're busy chasing your dreams, cakap-cakap orang tak jadi bernanah kat hati.

When you're so busy doing your things, you'll be more focused and more grateful of the core people in your life. Often times, they are only your family and not many close friends. Focus your energy on these people. Focus on your goals. One project and next, and next, and next. Ikut kata Saidina Umar: "Kerjalah macam kau akan hidup selama-selamanya. Ibadahlah macam kau akan mati esok."

Nanti bila kau ada rumah yang dipenuhi keluarga dan anak-anak kau, make them your next big project. And because you're so adept at managing previous projects, your loved-ones project becomes an easy one for you. Orang lain seusia kita sibuk urus anak dan rumah mereka, kita sibukkan diri dengan projek membangun diri. Manusia yang elok nanti akan melahirkan manusia-manusia elok juga.

Focus on something you want to work on. Realize your dreams. Work on your goals.
.
.
.
I hope when you're feeling down, inadequate or not enough, you'll remember these things I told you - something true, something to hope for and something to work on. Sending all my love to you.

If you feel something good about this post, do SHARE. Spread good vibes.
.
.
.
May 2019 be a magical year,
Ajan

#ajanmusing
#2019goals

Post a Comment

0 Comments