Legoland Malaysia

Roller-coaster spoilers alert!

Hari ini dalam sejarah: Ajan naik roller coaster. Sudahlah pertama kali, sekali tiga aku balun! Takut ada. Seram pun ada. Debar haruslah ada. Namun, sekarang bolehlah aku cerita pada orang yang "Aku dah pergi Legoland, dah naik tiga roller-coaster kat sana." (gelak riak dengan kuat)

 

Yang paling mengujakan: Lego Race.
Kami pakai VR head gear. Rasa macam tengah naik kereta lumba. Tak takut sebab tak nampak trek besi. Teruja sebab setiap henjakan dan selekoh tu ada peristiwanya dalam filem VR.



Yang paling memperdayakan: Dragon's Apprentice.
Dah sampai tu, dah puas menjerit, ingatkan dah habis. Sekali host tu kata, "One more round!" Mampus aku sambung takut & menjerit.


Yang paling menakutkan: Dragon.
Trek masuknya dalam Hogwart's Castle, ini yang paling aku suka. Sekali dia humban kita menjunam kat trek tu, aku dah tak ingat apa dah. Habis serak bila turun.

Yang kelakarnya adalah, kami naik ikut turutan terbalik. Hahaha. Patutnya naik yang senang dulu yang pertama tu.
.
.
.
3 kesilapan aku sepanjang bersukaria di Legoland:

1. Pakai sandal tinggi. 
Banyak jalan. Sila pakai sandal yang selesa atau kasut sukan.

2. Bawa beg berat. 
Bawa barang penting saja. Dan beg sandang. Jangan mengada bawa tas tangan kat sini, tolonglah.

3. Pakai kain!
Ini yang aku paling tak boleh belah Sebab aku ingat kami datang untuk pelancaran filem Lego City 4D Officer in Pursuit tu je. Rupa-rupanya tiket percuma kami tu tiket kombo, maksudnya kami boleh guna tiket tu untuk semua aktiviti dalam Legoland! Fuh, bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Baca doa tidurlah terus!


Lagi, kami naik merry go round, menara peninjau, keretapi berkeliling taman tema, masuk Muzium Star Wars dan bergambar kat replika bandar dan bangunan ikonik dunia yang semuanya diperbuat dari Lego. Jakun kuasa 12,000.

.
.
.
Legoland ada pengumuman penting tentang Lego City 4D Officer in Pursuit, DAN....
Tiket masuk pas tahunan! Baca maklumat penuh di ⇨ pautan ni ya.

Lepas ini, nak cuba roller-coaster dalam taman tema air Legoland pula. Oh yeah! Gian roller coaster. Haha.

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sebab sudi komen =)